dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sihat Ramadan Cabaran NADI Sihat Ramadan 2026 Turun Berat Dengan Cara Yang Selamat

20 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2026, seorang peserta telah menyertai sesi kesedaran kesihatan bertajuk “Sihat Ramadan, Cabaran NADI Sihat Ramadan 2026: Turun Berat Dengan Cara Yang Selamat”. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat sepanjang bulan Ramadan.

Dalam sesi ini, peserta dimaklumkan bahawa ramai individu mengambil peluang sepanjang Ramadan untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, tidak semua kaedah yang diamalkan adalah selamat dan sesuai untuk kesihatan. Oleh itu, peserta perlu lebih berhati-hati dalam memilih cara diet dan senaman agar tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Melalui episod terbaru Studio Sihat, sesi ini menampilkan perkongsian daripada Dr Asyifah Md Zaki, Pegawai Perubatan MRIC Healthcare, serta Coach Amirah, seorang Fitness Coach. Mereka membincangkan kaedah menurunkan berat badan tanpa membahayakan kesihatan, waktu terbaik untuk melakukan senaman ketika berpuasa, serta kesilapan diet Ramadan yang sering dilakukan tanpa disedari. Selain itu, mereka turut menekankan kepentingan melakukan saringan kesihatan sebelum memulakan cabaran penurunan berat badan bagi memastikan individu berada dalam keadaan sihat dan bersedia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.